Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 26, 2011

:)

Weheee!


Wah seronok sangat bercuti dekat Kuantan. Aku pergi Kuantan sebab ibu aku ada kursus and family day family ayah. Malam hari Jumaat tu aku keluar dengan ibu angkat aku yang aku panggil Cik Nik, kitaorang pergi tengok wayang cerita 'Suatu Malam Kubur Berasap'. Sumpah cerita nie lawak gila. Semua dalam panggung gelak macam tak ingat dunia. Lepas tu kitaorang pergi lepak dekat Teluk Cempedak then jalan jalan dekat Jalan Kunyit. Cik Nik bawak aku pergi tengok pondan menjaja diri. Haha. Cantik ohh! Macam perempuan perempuan betul. Ish ingatkan perempuan je murah. Tak sangka ada jugak lelaki murahan. Takpelah, dosa diorang tanggung sendiri. Yang paling best masa shopping dekat ECM. Masa tu aku saja pergi kedai yang banyak jual bear bear tu. Cik Nik tu follow lah sekali. Tiba tiba aku nampak ada patung ELMO. Aku cakap dekat Cik Nik rugi aku tak bawak duit. Lepas tu tiba tiba dia pergi pilih yang besar, ada dua jenis patung ELMO ; yang kecil - RM39.90 besar - RM69.90 aku ingat dia nak pilih untuk anak dia tiba tiba dah siap bayar dia cakap "Nah ambil lah, hadiah hari jadi tahun depan". Aku pun buat lah muka terkebil kebil macam tak percaya. Weeee! Seronok. Akhirnya dapat jugak Si ELMO tu :D

No comments:

Post a Comment