Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 17, 2012

:)

Membaca post sendiri. Tergelak aku. Macam hampeh gaya penulisan.
Patut Bahasa Melayu tak pernah dapat A+
Blog aku tak menarik. Kuikuikui. Bior kelantak.

Friday, April 13, 2012

:)

Kau ilhamku


Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul

Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan

Izinkan kumencuri bayangan wajahmu

Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...

Mohamad Hafis. Awak ingat tak awak sanggup belajar main gitar lagu nie dan nyanyi dekat saya. Dan satu lagi lagu AXL Akulah kekasihmu. Hmm sweet jugak pakwe saya nie ya. Saya rindu awak. Sangat :(

:(

Tadi terbaca tips cinta dekat blog 'Blog Cinta & Tips Cinta Brother Love!' Bacalah pasal 3 step ready for love. Bukan nak cerita pasal yang lain. Cuma nak cerita pasal Langkah 2 : Belajar Mengenali Bila Orang TAK MAHU.

'Anda seharusnya cepat-cepat menangkap maksud pasangan anda. Jika nampak dia tidak serius, tidak menghubungi anda, tidak mengambil berat, anda seharusnya berpendapat yang dia bukanlah untuk anda. Janganlah tunggu berhari-hari, teruk menderita baru nak lupa. Ada juga yang masih menunggu-nunggu walaupun sudah berbulan-bulan pasangannya buat tak tahu. FYI, sebenarnya, hanya 1 hari langsung tiada berita, sudah cukup untuk memberitahu yang dia sudah tidak berminat dengan anda. Kerana, setiap insan yang bercinta, mereka tidak sanggup berpisah walau sesaat. Jadi kalau dapat call, bercakap itu sudah cukup. Jika tiada call, tiada sms, busy, sibuk dengan itu dan ini. Masa untuk anda mulai mencari yang lain. Jangan buang masa kerana masa adalah perkara yang anda tidak ada'

Hmm risau risau risau. Mohamad Hafis memang macam nie lahh. Sibuk aje. Kerja lahh, takde kredit lahh. Entah-entah memang betul dah taknak kat aku kann. Macam mana ehh? Baik aku tanya je dari buat keputusan sendiri. Kalau dia cakap betul dah takde perasaan kat aku. Tunggu apa lagi. Baik belah je. Sekian terima kasih :)


Thursday, April 12, 2012

Aku.

Post yang nie sangat penting untuk kawan-kawan aku baca. Aku nak bagi tahu kau orang semua pasal perasaan aku yang tak terluah dengan kata-kata. Aku tahu aku dah jadi dingin sangat dengan beberapa orang kawan aku. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam nie. Aku cuma ada masalah hati. Hati aku ada isu. Tapi aku tak tahu kenapa. Aku rasa aku macam 'lost'. Jiwa aku hilang. Semangat aku dah takde. Aku dah tak gila-gila macam dulu. Aku taknak keluar pergi mana-mana. Aku nak duduk rumah ; dalam bilik aku. Aku kuat terasa sekarang. Aku rasa semua orang 'annoying'. Aku lemah. Dalaman aku lemah. Aku menangis setiap malam memikirkan kenapa aku jadi macam nie. Aku nak cerita dekat kau orang pun aku tak mampu sebab aku tak tahu apa masalah aku. Hati aku rasa sunyi, aku rasa bermasalah. Aku malas nak buka mulut dan bercakap dengan semua orang.

Lina, kalau kau baca post nie. Aku mintak maaf sangat-sangat. Aku tak tahu kenapa aku 'ignore' kau. Aku tak tahu. Makin hari aku rasa makin jauh dengan kau. Semua sebab aku. Aku mintak maaf sebab tak dapat jadi diri aku yang dulu.

Syima dan Fatin, kalau kau baca post nie. Terima kasih sebab kau orang sentiasa ada untuk aku. Sayang kau orang :>

Hanis, kalau kau baca post nie. Terima kasih sebab baca. Kita macam biasa je.

Buat masa sekarang aku harap kau orang faham perasaan aku. Jangan tanya dan desak aku. Aku perlukan masa.

Friday, March 2, 2012

:(

BF kawan aku kena penyakit tibi. Kesian kawan aku. Semalam dia menangis macam orang gila. Hihi, cakap macam aku ada je kat tempat kejadian kann kann. Tadi aku baca pasal penyakit tu, orang boleh mati kalau tak dirawat. Takut nak cakap kat kawan aku. Nanti dia nangis lagi. Nie info sikit pasal penyakit tibi

PENYAKIT TIBI

APAKAH PENYAKIT TIBI?
* Tibi adalah sejenis penyakit berbahaya yang membawa maut jika tidak dirawat.
* Ianya disebabkan oleh kuman Tibi.
* Kuman Tibi biasanya menjangkiti paru-paru tapi boleh juga menyerang organ-organ badan yang lain seperti tulang, otak, kulit, kelenjar, buah pinggang dan sebagainya.

BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?
* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti.

TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI
*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.

BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu :
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.



Tuesday, December 27, 2011

:)

Terima Kasih Ibu



Terima kasih ibu sebab ib
u dah belikan handphone tu untuk kakak :D


:)

Hai Hai



Tiba tiba rasa geli bila tengok orang bercinta panggil boyfriend HUBBY =.='